Monday, January 25, 2016

Cadangan bodoh; Syor mansuh elaun pelajar IPG


SAUDARA PENGARANG,
SUASANA kegawatan ekonomi negara mutakhir ini cukup dirasai lebih-lebih lagi dengan harga minyak dunia yang semakin menurun. Hal ini menyebabkan peruntukan bajet negara untuk sesetengah kementerian terpaksa dikurangkan.
Antaranya membabitkan Institut Pendidikan Guru (IPG) sehingga ada sesetengah kampus IPG yang terpaksa memotong peruntukan untuk surat khabar dan majalah serta buku di perpustakaan. Keadaan ini boleh menjejaskan mutu keilmuan dan perolehan maklumat bakal guru.
Maka untuk membantu mengatasi masalah kekurangan peruntukan di IPG, bertepatan pula dengan masa pengubahsuaian bajet 2016, eloklah direalisasikan beberapa cadangan antaranya pemansuhan pemberian elaun kepada penuntut IPG.
Sebaliknya, untuk menampung kos pengajian, mereka bolehlah memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana pelajar universiti yang lain.
Cadangan ini dilihat baik untuk pelajar dan kepada IPG sendiri, kerana peruntukan itu boleh disalurkan kepada perkara yang lebih memerlukan se-perti pembelian bahan-bahan bacaan di perpustakaan.
Pemansuhan elaun itu juga bertujuan memberikan keadilan kepada semua pelajar peringkat ijazah sarjana pertama termasuk di peringkat diploma. Selama ini mereka yang belajar di universiti awam atau universiti swasta tidak mendapat sebarang elaun atau bantuan daripada pihak kerajaan seperti mana yang diterima oleh pelajar IPG.
Baru-baru ini timbul isu kekangan kewangan dalam kalangan pelajar universiti awam disebabkan kos hidup yang semakin meningkat tetapi rakan-rakan mereka di IPG tidak terkesan dengan masalah tersebut.
Walhal pelajar universiti awam juga adalah rakyat negara ini. Ibu bapa sebahagian besar mereka juga adalah pembayar cukai kepada negara dan mereka juga akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negara sama seperti pelajar-pelajar IPG.
Di samping itu, pemansuhan elaun itu dijangka dapat memberikan suntikan motivasi dan semangat bersaing yang lebih kepada pelajar-pelajar IPG dalam usaha meningkatkan mutu akademik mereka, sekali gus boleh mendapatkan pengurangan bayaran pinjaman PTPTN atau Mara sebagaimana pelajar-pelajar di universiti awam.
Namun, sebagai alternatif terbaik kepada cadangan pemansuhan elaun itu, pihak kerajaan disyor memberikan bantuan elaun atau biasiswa kepada semua pelajar peringkat ijazah pertama dan diploma di semua institusi pengajian (tidak kira di universiti awam atau IPG) dalam kadar yang sama.
Tentunya ini adalah suatu yang lebih adil kepada semua di samping menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu yang dihadapi oleh golongan pelajar semasa memenuhi ke-perluan dunia akademik mereka. Bagaimanapun, hal ini pastinya bergantung kepada kemampuan kewangan negara jua.
RAKYAT PRIHATIN 1MALAYSIA
Perak

sumber- utusan hanat

AG: PM pulangkan kembali RM2 bilion pada Arab Saudi

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini..._malaysiakini

Semakan Keputusan PTD 2016 Pegawai Tadbir & Diplomatik


Semakan keputusan PTD 2016 Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Bermula pada 26 Januari 2016 selepas jam 1.00 petang, semua calon yang telah menduduki peperiksaan online bagi jawatan tersebut bolehh membuat semakan secara atas talian online. Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, hanya seramai 57,320 calon telah berjaya menduduki peperiksaan online PTD 2016 dengan jayanya

Sumber: Semakan Keputusan PTD 2016 Pegawai Tadbir & Diplomatik


klik link di bawah : 

http://e-semakan.spa.gov.my/

semak selepas pukul 1 yea


Me'nate Nafi Hidang Makan Malam RM19 Ribu Untuk PM



Susulan viral satu gambar resit yang mendakwa kononnya restoran Me'nate Steak Hub menyajikan makan malam berharga RM19 ribu untuk Perdana Menteri, pemilik restoran berkenaan, Mustafa Othman tampil menafikan viral itu.

Menerusi facebooknya, Mustafa menyifatkan penyebaran gambar resit itu sebagai tindakan berbentuk provokasi dari pihak yang berkepentingan politik.

Menurut Mustafa, jelas tanda harga yang dipamerkan dalam gambar resit yang viral itu adalah hasil suntingan dan ia bukan satu standard harga yang digunakan oleh restoran berkenaan.


Selain itu, beliau juga mempersoalkan logik disebalik kombinasi hidangan yang diletakkan di dalam resit berkenaan.

"Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain," tulis Mustafa.

Selain itu, beliau juga menafikan chef yang tersebar di dalam gambar terbabit adalah chef dari restorannya.

"Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate..

"Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.",tulis Mustapha.

Mustafa kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan viral terbabit.

Kementerian Kesihatan Senaraikan 50 Produk Kosmetik Yang Diharamkan


Kuala Lumpur, 25 Jan - Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) semalam telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan oleh kementerian tersebut.

Senarai itu dikeluarkan oleh KKM menerusi laman facebook rasminya.

Berikut adalah 50 senarai yang dikeluarkan oleh KKM:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

Selain itu pengguna boleh menyemak status senarai penuh di laman web www.bpfk.gov.my.

Pereka Fesyen Perjelas Baju Didakwa Seperti 'Ayam Belanda' yang Dipakai Fara Fauzana Ketika AJL30

PETALING JAYA, 25 Jan: Pereka busana 'ayam belanda' yang dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menjelaskan baju terbabit merupakan koleksi sedia ada yang dhasilkan pada tahun 2015.

Menurut Rizalman 44, Fara Fauzana meminjam baju itu pada saat akhir kerana busana dari pereka fesyen lain yang sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah tersebut.

"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," ujarnya sebagaimana memetik laman Instagramnya.

Rizalman menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab kritikan penonton terhadap baju rekaannya itu yang dipakai oleh Fara Fauzana ketika mengacara AJL30 yang seolah-olah menyerupai 'ayam belanda'.

Rizalman juga berkata dia tidak berniat untuk menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus mengkritik mereka atas apa yang berlaku.

Selain dari Fara Fauzana, Rizalman turut menyediakan baju yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pada malam itu.

Sementara itu, Fara Fauzana pula bersikap terbuka dengan menganggap segala kritikan sama ada yang baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujarnya

ok apa?tutup aurat

ULTRAMAN 2016






dah rupa citer how yo train your dragon

Friday, January 22, 2016

Keindahan Makkah























SEMOGA KITA SEMPAT MENJEJAKKAN KAKI KE TANAH SUCI MAKKAH..IN SYA ALLAH

Wajah sebenar wanita Thai "bertukar"

kiri: sebelum  kanan : selepas


Jika dulu dia malu untuk mengambil selfienya sendiri, kini Lin sudah berubah malah bangga apabila berhadapan dengan kamera.

Lin, merupakan peserta pertama yang terpilih untuk program rancangan TV Korea versi Thailand, "Let Me In Thailand".

Episod pertama program itu memaparkan bagaimana Lin berubah apabila diterbangkan ke Korea Selatan untuk membuat pembedahan plastik.

Lin, 23, adalah bekas pelajar universiti namun tidak dapat menghabiskan pelajaran kerana keluarganya yang hanya berpendapatan THB5,000 (RM600) sebulan tidak mampu menanggung yuran perbelanjaan. Lin bagaimanapun cuba untuk mencari kerja namun tiada siapa yang mahu memberikan Lin peluang.

"Saya mahu kerja yang bagus. Saya mahu beri ibu saya kehidupan yang lebih baik", katanya.

Lin kemudian berfikir dirinya mungkin memerlukan 'perubahan'.

Selepas Lin terpilih sebagai peserta untuk rancangan TV terbabit, pakar bedah ditugaskan untuk 'menukar' wajah Lin dan yang paling mencabar bagi doktor-doktor yang terlibat adalah mereka perlu merubah wajah Lin 100% termasuk dagunya.

"Saya sangat menyukainya", kata Lin apabila melihat wajah barunya buat pertama kali.

"Saya sangat teruja. Ia peluang terbaik yang pernah saya terima sepanjang hidup ini", kata Lin.


Sumber : bangkok.coconuts.co/

"Hentikanlah Fitnah Ni! Kesian Kat Mak" - Luah Anak Pemandu Perodua Kancil

antara komen yang melukakan hati keluarga


SUNGAI PANJANG - Anak kepada pemandu kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang pelajar 13 tahun putus kedua-dua belah kakinya memohon agar orang ramai berhenti memfitnah mereka.

Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,”Mia (bukan nama sebenar), 24, yang merupakan anak sulung pemandu kereta kancil itu.

Mia membuat luahan perasaan sedihnya apabila ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun terlibat dalam nahas terbabit.

Menurut Mia, anak pertama dari enam beradik, kejadian telah menyebabkan kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata mengguris perasaan.

Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Difahamkan juga, ibu Mia menggalas tanggungjawab besar kerana terpaksa menyara keluarga selepas bapa Mia meninggal pada 14 tahun lalu.

Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.

Menurutnya lagi, kemalangan itu berlaku ketika ibunya dalam perjalanan ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah disini.

cikgubusy

Isteri potong kemaluan suami


Kuala Lumpur, 21 Jan : Lelaki peniaga kain warga Pakistan yang mana kemaluannya dipotong oleh isterinya, seorang wanita warga tempatan, berada dalam keadaan stabil dan 'anunya' berjaya disambung semula.

Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya sebagaimana lapor portal berita Harian Metro.

Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, kemaluannya dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya yang berusia 51 tahun itu menggunakan pisau cukur dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol semalam.

Menurutnya juga, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat sahaja.

Menurut lagi, kemaluannya yang putus itu tertinggal di rumah kerana dia panik dan kemudian diambil oleh anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula.

"Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.

"Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula," katanya kepada portal berita tempatan itu.

Menceritakan semula apa yang terjadi, lelaki terbabit berkata isterinya itu enggan tidur dibilik yang sama dengannya.

"Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.

Lelaki itu berkata selepas itu dia tidur sebelum kemaluannya dipotong sambil menambah dia berhasrat untuk menceraikan isteri keduanya itu apabila dia sihat nanti.

"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol

"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang juga bapa kepada tiga orang anak hasil dengan isteri pertama.

Menurutnya juga, dia mengahwini isteri keduanya itu selepas perkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.

Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.

Tambah lelaki itu lagi, kehidupan rumah tangganya hanya indah selama dua bulan sebelum ia bermasalah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil setelah pembedahan selama 15 jam.

"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.

Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya lagi.


sumber-siakapkeli

Kesan buruk jika biarkan si kecil terus hisap jari


Tabiat menghisap jari adalah satu amalan semulajadi bagi seorang bayi dan ada yang telah pun bermula sejak dalam kandungan lagi.

Proses menghisap jari bagi bayi adalah satu perkara normal kerana inilah caranya bayi berkenaan akan belajar menyusu di mana bayi akan menghisap sebarang objek yang diletakkan ke mulutnya secara automatik.

Tabiat menghisap jari ini jika dibiarkan akan membuatkan si kecil mula berasa seronok kerana ia memberi kepuasan kepadanya menyebabkan tabiat ini akan terus berlaku.

Menurut Sigmund Freud, ahli Neurologist terkenal, menghisap jari adalah salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.

Tetapi tahukah anda sebenarnya tabiat menghisap jari ini mempunyai keburukan jika ia diteruskan sehingga menjangkau ke umur 4-6 tahun.


Secara umum, kesan buruk menghisap jari tidak akan kelihatan sekiranya kanak-kanak tersebut cuma mengamalkan tabiat ini ketika gigi mereka masih 100% gigi susu. Lagi lama tabiat menghisap jari diamalkan, lagi tinggi peluang untuk kanak-kanak tersebut mendapat kesan buruk akibat menghisap jari secara berpanjangan.

Kesan buruk akibat menghisap jari ini bergantung kepada kekerapan bayi itu menghisap jari, tempoh masa dan daya kekuatan. Berdasarkan kajian, jika bayi menghisap jari walaupun dengan kuat tetapi dalam tempoh yang singkat akan memberikan hanya sedikit kesan berbanding menghisap jari secara perlahan tetapi tempoh lama.

Beberapa pakar telah menjalankan kajian di mana membuktikan dengan sedikit hisapan jari sebenarnya sudah menggerakkan sturktur gigi kanak-kanak. jadi, sekiranya jari hanya dihisap dengan perlahan tetapi kekal di dalam mulut sepanjang malam, daya yang dihasilkan cukup untuk menggerakkan gigi dan menimbulkan kesan-kesan lain yang tidak diingini.

- Jika tabiat ini dibiar berlanjutan sehingga anak berumur 4 tahun, ia akan mengundang kepada masalah pergigian di mana ia boleh membuatkan barisan gigi atas akan ke hadapan(jongang) atau rongak.

- Gigi bertindih atas dengan bawah sehingga 2-3mm.

- Pelat bertutur terutama untuk menyebut huruf 's' dan 'f'.

- Bergantung kepada kedudukan jari di dalam mulut, gigi hadapan kanak-kanak tersebut mungkin akan bergerak lebih ke hadapan atau lebih ke belakang.

- Ketika menghisap, pipi kanan dan kiri akan menghimpit rahang. Jika ini dilakukan secara berterusan, rahang boleh mengecut dan menjadi sempit (seperti bentuk huruf V), lalu akan berlaku kekucar-kaciran dalam kedudukan gigi.

Bagaimana cara untuk menghentikan tabiat ini?

- Memberi galakan membina. Contohnya, puji anak anda apabila dia tidak menghisap jari berbanding memarahinya ketika dia menghisap jari. Anak anda akan lebih gembira dan lebih bermotivasi untuk berhenti.

- Ganjaran seperti mainan, makanan kegemaran atau lawatan ke tempat kesukaannya seperti zoo sebagai hadiah untuk anak anda. Elakkan makanan bergula kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

- Anak-anak ini mungkin tidak selesa untuk proses berhenti ini, kita sebagai ibu bapa harus memberi sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka sehingga mereka berjaya.

- Alat bantuan boleh digunakan untuk menghalang mereka menghisap jari seperti menyapu larutan yang pahit ke atas jari, membalut jari yang dihisap atau memakaikan sarung tangan semasa tidur.

sumber : Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) & siakapkeli